Berniaga bukanlah usaha 'main-main'. Ia melibatkan ikatan hubungan ramai pihak iaitu anda dengan klien, pihak pembekal, pekerja, pihak berkuasa dan jangan dilupakan, keluarga yang bergantung kepada anda sebagai breadwinner. Berikut ialah 7 tip memulakan langkah untuk berniaga.
Langkah 1: Tulis Pelan PerniagaanPelan Perniagaan adalah peta yang memberi anda hala tuju perniagaan anda bagi tempoh satu hingga tiga tahun akan datang. Di dalamnya tertera perancangan pemasaran, operasi, kewangan malah, anda boleh jangka berapa keuntungan atau kerugian yang anda bakal perolehi.
Langkah 2: Dapatkan Bantuan Perniagaan dan LatihanAmbil kesempatan daripada latihan percuma dan perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh kementerian atau agensi kementerian yang berhampiran. Percuma bukan bermakna nilai ilmu yang anda terima tidak bernilai. Seminar, bengkel dan latihan keusahawanan percuma membolehkan anda memahami senario perniagaan, industri, berkenalan dengan usahawan yang lain dan pada masa yang sama memperkenalkan diri dan perniagaan anda kepada umum. Menjadi usahawan, kemahiran bertanya membolehkan anda memahami selok-belok perniagaan dengan mudah.
Langkah 3: Tentukan Jenis Perniagaan AndaTentukan pemilikan perniagaan yang terbaik untuk anda: pemilikan tunggal, Sdn Bhd, perkongsian, koperasi dan sebagainya. Lain jenis pemilikan, lain liabiliti yang anda harus tanggung sebagai seorang pemilik. Dapatkan maklumat lanjut dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Langkah 4: Dapatkan Lesen-lesen yang berkaitanSebaik mendaftar syarikat/perniagaan, anda kini adalah pemilik sebuah entiti dan terikat dengan undang-undang yang berkaitan. Ini bermakna anda perlu mendapatkan semua permit dan lesen berkaitan.
Langkah 5: Buka Akaun Semasa Ramai pemilik perniagaan tunggal mengambil lewa urusan membuka akaun semasa. Mereka sama ada menggunakan akaun sendiri atau lebih malang, tidak memasukkan wang tersebut ke dalam bank. Sebagai pemilik perniagaan yang bertanggungjawab, bukalah akaun semasa untuk syarikat anda.
Langkah 6: Kemaskini Fail Perniagaan Pastikan anda mempunyai fail untuk setiap dokumen. Jangan melengah-lengahkan urusan kemaskini. Sebaik mendaftarkan perniagaan, buka satu fail dan namakannya "lesen pendaftaran SSM". Kemudian, apabila anda membuka akaun semasa, buka satu fail dan namakannya "penyata bank". Begitulah seterusnya.
Langkah 7: Tertib Langkah 1 hingga 6 harus diikuti satu per satu. Semua urusan ini anda boleh selesaikan paling cepat dalam masa 1 hari dan paling lama 1 bulan.